Sunday, June 12, 2016

5 Pilihan Teratas Bazaar Ramadan Di Kuala Lumpur

Pada bulan Ramadan, rakyat Malaysia akan disapa dengan pelbagai jenis makanan di bazaar Ramadan yang kebiaasannya  terdapat pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa  – di mana umat Islam boleh berkumpul bagi meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dan handai taulan menikmati iftar – dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, bazaar ini merupakan tempat untuk meraikannya bersama-sama rakan mereka yang beragama Islam.

5 Bazaar Ramadan Teratas
Ramadam-Blog-Post_12_BM 5 Bazaar Ramadan Teratas
Sekiranya anda kurang pasti bazaar mana yang harus dikunjungi, berikut merupakan beberapa bazaar yang menjadi pilihan kegemaran kami
Bazaar Ramadan TTDI
Terletak di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur, ia merupakan bazaar yang terbesar di kawasan tersebut. Anda boleh mencuba pelbagai jenis juadah berbuka tradisi  seperti nasi kerabu, nasi tomato, nasi hujan, kambing bakar, murtabak dan banyak lagi. Terdapat juga  pelbagai jenis kuih muih tradisi yang jarang didapati pada hari biasa, antara lainnya seperti kuih tepung pelita, kuih apam bakar dan kuih jala.
Alamat: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia, 60000
Waktu Beroperasi: 4.00 petang – 8.00 malam setiap hari
Bazaar Ramadan Seksyen 17
Bazaar Ramadan Seksyen 17 yang terletak bertentangan dengan Jaya One, tidak jauh dari jalan utama juga merupakan pilihan popular di bulan puasa. Barisan gerai yang amat panjang seolah-olah tidak berpenghujung, setiap satunya menjual makanan yang lazat dan menyelerakan. Selain daripada hidangan biasa seperti lauk dan murtabak, cubalah pajeri (kari nanas) sekiranya anda berkunjung ke sini. Tempat meletak kenderaan mungkin menjadi satu masalah, tetapi ia boleh diatasi sekiranya anda meletakkan kenderaan anda di Jaya One dan berjalan kaki untuk menyeberangi jalan utama.
Alamat: Jalan 17/1A, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 46400
Waktu Beroperasi: 4.00 petang – 8.00 malam setiap hari
Bazaar Ramadan Kampung Baru
Mungkin merupakan bazaar yang terbesar di bandar. Anda pasti dapat mencari makanan yang mampu memenuhi selera anda dari kebab yang lazat hinggalah murtabak yang enak. Jangan lupa beratur untuk medapatkan Roti Goreng McGyver, kuih pastri berisi yang terkenal. Anda juga harus mencuba bubur lambuk. Untuk snek, cubalah pelbagai kuih-muih dan agar-agar yang dijual di sini. Amat mustahil untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan di sini, jadi adalah lebih baik sekiranya menaiki LRT.
Address: Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50300
Opening Hours: 4.00pm – 8.00pm daily
Bazaar Ramadan SS18
Bazaar terbesar di Subang Jaya di mana orang ramai berpusu-pusu datang berkunjung dari seawal 3 petang untuk mengelakkan kesesakan trafik. Makanan terlaris di sini adalah kepak ayam. Bazaar ini juga dikenali dengan murtabak dan roti jang yang sedap, lebih kurang sama dengan roti john.
Address: Jalan SS18/4G, Subang Jaya, Selangor, Malaysia, 47600
Opening Hours: 5.00pm – 8.00pm daily
Bazaar Ramadan USJ4
Bazaar ini boleh dilihat dari jalan utama USJ. Sekiranya anda datang dari arah Subang Jaya, bazaar ini terletak di sebelah kanan anda. Dengan kombinasi makanan yang lazat pada harga yang hebat, anda pasti sukar membuat pilihan sekiranya anda melalui bazaar ini. Juadah yang harus dicuba adalah roti john dan kambing golek.
Address: Jalan USJ 4/5, UEP Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor 47600
Opening Hours: 5.00pm – 8.00pm daily
Untuk melihat rumusan original, sila layari laman web ini: https://goo.gl/AmECkd

No comments:

Post a Comment